Jangan umum hari Rabu, nanti tiru BN

Iklan
Najib

KUALA LUMPUR - Penetapan harga petrol yang kembali diselaraskan harga jualannya secara mingguan oleh kerajaan mendapat reaksi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Minggu ini sahaja Najib begitu lantang menegur kerajaan di mana harga petrol RON95 yang diapungkan pada RM2.20 seliter dilihat tidak munasabah berdasarkan data terbaru dari Mean of Platts Singapore (MOPS).

Iklan
Iklan

Dalam kenyataannya sebelum ini, berdasarkan data itu, harga purata MOPS untuk petrol RON95 telah jatuh kepada AS$0.519 seliter pada akhir minggu lepas berbanding AS$0.538 untuk minggu sebelum itu.

Jadi mengikut sistem Mekanisme Harga Automatik (APM) seperti dilaksanakan oleh BN sebelum ini katanya, harga RON95 sekarang sepatutnya RM1.86 satu liter.

Iklan

Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga senada dengan Najib di mana penentuan harga minyak secara mingguan adalah lebih baik dan telus memandangkan keadaan harga minyak tidak menentu sepanjang masa.

Susulan kenyataan Najib dan Khairy itu, kerajaan melalui Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menukar kaedah penetapan secara bulanan di bawah APM kepada penetapan secara mingguan dalam keadaan harga minyak dunia yang menurun sekarang.

Iklan

Kata Guan Eng, penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019, membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia.

Susulan pengumuman dibuat Guan Eng yang dilihat seakan menggunapakai kaedah kerajaan terdahulu, Najib memberi pesan di Facebooknya hari ini supaya tidak mengumumkan harga petrol secara mingguan pada hari Rabu seperti yang dilakukan BN sebelum ini.

"Satu lagi saya nak pesan kepada Menteri Kewangan hari ini. Jangan umum harga petrol mingguan pada hari Rabu. Nanti ada orang kata copy-paste BN.

"Umum pada hari Selasa atau Khamis. Lencun Oh lencun," katanya.