Tabung Dana UMNO bakal dilancarkan

Iklan
Sidang media Ahmad Zahid selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - FOTO SINAR HARIAN SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Buat pertama kalinya, UMNO akan melancarkan Tabung Dana UMNO (Crowd Funding) parti itu bagi kelangsungan aktiviti politik seterusnya sebagai persediaan menghadapi PRU15.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif berkenaan juga bagi tujuan menampung pembiayaan pengurusan pentadbiran dan aktiviti UMNO.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tabung dinamakan Tabung Dana UMNO itu akan dilancarkan pada masa terdekat yang akan diumumkan.

"Pertama kali Tabung Dana Umno ditubuhkan kerana bagaimana yang kita ketahui kekangan terbesar yang kami hadapi sekarang ini dari segi pembiayaan kepada Aktiviti politik akibat daripada pembekuan, penyitaan dan juga beberapa tindakan perundangan yang tidak adil yang dilakukan terhadap UMNO dengan tuduhan-tuduhan di luar norma perundangan

Iklan

"Oleh demikian kami merasakan Tabung dana UMNO ini harus dirancakkan bukan hanya di kalangan ahli-ahli dan kepimpinan UMNO dan kami yakin di luar sana ramai yang bersimpati dengan UMNO dan mereka mahu membiayainya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tambah beliau, sehubungan dengan itu, Majlis Tertinggi juga memutuskan bahawa sebuah badan profesional akan bersama-sama dengan UMNO untuk menguruskan dana tabung berkenaan memastikan ia dari sumber yang ‘bersih’.

Iklan

Ujarnya, UMNO tidak meletakkan sebarang target dana yang diperlukan namun akan mengumpulkan sebanyak mana yang boleh.

"Badan profesional ini juga akan berperanan dalam meneliti setiap dana yang disalurkan bagi mengenal pasti sumbernya,” katanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung lebih 3 jam.