Biro Politik PKR mahu Farhash, Amirudin beri keterangan

Iklan
Amirudin Shari, Farhash

SHAH ALAM - Lembaga Disiplin PKR akan menghubungi Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari serta beberapa individu lain untuk mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan mereka sejak akhir ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, ketika nama Farhash disahkan disebut dalam mesyuarat itu, nama Amirudin pula dimaklumkan oleh sumber dalaman parti.

Iklan
Iklan

"Biro politik telah memaklumkan kepada lembaga disiplin untuk menghubungi beberapa anggota parti dan pimpinan, termasuk Farhash dan beberapa individu lain dan saya percaya berhubung kenyataan yang mereka buat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Lembaga Disiplin PKR enggan memberikan sebarang ulasan berhubung tindakan ke atas Farhash kerana mengeluarkan tuduhan terbuka terhadap Timbalan Presiden Parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Iklan
Iklan

Sebaliknya Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Datuk Ahmad Kasim menyarankan agar semua pihak berdamai dan mengembalikan keadaan harmoni dalam parti.