Gangguan bekalan minyak jejas Lapangan Terbang Schiphol

Iklan
Penumpang terkandas di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam gara-gara gangguan bekalan minyak yang menyebabkan pesawat tidak dapat berlepas. - Foto Reuters

AMSTERDAM - Trafik udara di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam terjejas teruk sejak semalam akibat ketiadaan bekalan minyak sekali gus menyebabkan puluhan pesawat terkandas.

Masalah sistem yang dialami oleh Aircraft Fuel Supply, pihak ketiga yang mengawal bekalan minyak kepada pesawat menyebabkan sekurang-sekurangnya 70 pesawat tidak dapat berlepas.

Iklan
Iklan

"Hampir 180 penerbangan terpaksa dibatalkan," kata kenyataan lapangan terbang terbabit semalam.

Dalam pada itu, Airline Air France-KLM menjangka masalah berkenaan berterusan hingga ke hari ini dan mungkin menyebabkan lebih banyak penerbangan dibatalkan.

Iklan

Seorang jurucakap Lapangan Terbang Schiphol berkata, hanya pesawat yang mempunyai minyak yang cukup ketika tiba di Amsterdam dapat berlepas.

"Aircraft Fuel Supply berusaha mencari penyelesaian namun tidak dapat dipastikan bila masalah akan dapat diatasi," kata jurucakap tersebut. - Agensi

Iklan