Enam muzium digital lain pendekatan hampir serupa dan tersendiri

Iklan
MUZIUM Negara Singapura menubuhkan galeri digital pertamanya pada 2017 yang bertujuan menerokai hubungan antara seni dengan teknologi digital.

BUKAN sahaja Mori Building Muzium Seni Digital: teamLab Borderless yang membawakan ciri-ciri teknologi interaktif, malah terdapat beberapa muzium lain yang mengaplikasi pendekatan hampir serupa dan tersendiri. Muzium-muzium itu ialah:

Muzium Negara Singapura

Iklan
Iklan

Muzium Negara Singapura menubuhkan galeri digital pertamanya pada tahun 2017 yang bertujuan menerokai hubungan antara seni dengan teknologi digital.

Dikenali dengan nama Gallery10, ia dilengkapi teknologi canggih dengan ruang digital yang direka khas untuk seniman.

Iklan

Menariknya, Sonic Womb rekaan Randy Chan merupakan seni interaktif yang membenarkan pelawat meneroka alam ‘rahim’ dalam proses kehamilan wanita manakala Face of the Day oleh Yang Derong merakamkan pelbagai detik kegembiraan, misteri dan perasaan menerusi pancaran wajah secara digital.

Sebagai sebahagian usaha untuk mengungguli inovasi digital dalam sektor budaya, Muzium Negara Singapura telahpun mempamerkan tujuh projek yang memberi kehidupan kepada penyatuan seni, budaya dan teknologi dalam edisi terbaharu DigiMuse Presents yang berlangsung 18 Januari lalu sempena Minggu Seni Singapura 2019.2.

Museum of Art and Digital Entertainment (The MADE)

Iklan

Muzium dengan rekaan interaktif bertempat di Oakland, California, Amerika Syarikat diilhamkan khusus untuk ruangan seni digital dan permainan sepenuhnya.

Lebih kepada misi untuk mengumpul, menguruskan permainan video, seni konsep media digital dan mengajar pengunjung mengenai proses pembuatan permainan.

Muzium Digital Meet Vermeer

Lain pula konsep seni yang cuba ditonjolkan seniman Belanda, Johannes Vermeer.

Beliau telah mempamerkan 36 lukisannya melalui platform dalam talian Google Arts & Culture. Hanya dengan lawatan secara maya, seniman itu berkolaboratif dengan 18 muzium dan koleksi peribadi di tujuh negara dengan aplikasi yang dikenali Meet Vermeer.

Uniknya, pencinta seni boleh akses lukisan daripada komputer, tablet atau telefon pintar sahaja di dalam muzium rekaan tunggal.

Gagosian Gallery

Gagosian merupakan salah satu galeri seni terkemuka dunia yang turut mengambil pendekatan progresif dan digital untuk mempamerkan seni pada pameran.

Bertepatan dengan pameran seni seperti Frieze London dan Art Basel Hong Kong, Gagosian membuka ruangan maya dan ruang tontonan dalam talian sehinggakan karya seni ada yang terjual dengan harga AS$2juta.

Bitforms Gallery Galeri yang dibuka pada tahun 2001 itu mempamerkan karya seni terkenal dan turut memberi tumpuan kepada artis baharu yang bijak bereksperimen dengan teknologi terkini.

Perubahan sejarah seni media mendorong galeri itu menawarkan perspektif khusus dalam bidang media digital, internet, perisian dan seni media baharu.

Los Angeles Centre for Digital Art

Pusat seni digital itu ditubuhkan pada April 2004 yang mempamerkan seni digital kontemporari dan teknologi terkini.

LACDA didedikasikan untuk pameran semua bentuk seni digital, media baharu, seni video digital, arca digital, multimedia interaktif dan panorama luas dalam bentuk seni teknologi hibrid.