Agong santuni gelandangan di Masjid Jamek

Iklan
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyantuni gelandangan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyantuni gelandangan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di sini hari ini.

Selain beramah-mesra, baginda turut mengurniakan 250 beg sumbangan termasuk makanan tengah hari tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada gelandangan.

Iklan
Iklan

Seri Paduka Baginda kemudiannya meluangkan masa melawat ke persekitaran Masjid Jamek termasuk meninjau Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) dan bilik galeri.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli melawat bilik galeri di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur hari ini. - Foto ZAHID IZZANI

Baginda juga berkenan menunaikan solat Zohor berjemaah di Majid Jamek sebelum berangkat pulang.

Iklan

Turut hadir mengiringi baginda dalam program berkenaan ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Abdul Aziz Jusoh; Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Saripuddin Kasim.

Sementara itu, Mohd Ajib berkata, Seri Paduka Baginda telah menzahirkan rasa puas hati dengan pelaksanaan program berkenaan.

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli membuat lawatan pada program menyantuni golongan geladangan bersama Pengarah Jawi, Hj Mohd Ajib Ismail di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad,Kuala Lumpur hari ini. - Foto ZAHID IZZANI

"Tuanku telah berkenan berangkat bersama kita apabila mendengar bahawa Jawi dan MAIWP akan mengadakan program menyantuni gelandangan. Kita rasa bersyukur kerana Tuanku secara tidak formal maklumkan akan berangkat datang secara santai.

"Malah, sebelum berangkat pulang Baginda bertitah berasa seronok kerana kita menyantuni gelandangan dan berpuas hati dengan konsep masjid yang digunakan," katanya kepada media selepas program berkenaan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli membuat lawatan pada program menyantuni golongan geladangan bersama Pengarah Jawi, Hj Mohd Ajib Ismail di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad,Kuala Lumpur hari ini. - Foto ZAHID IZZANI

Katanya, menjadi matlamat Jawi dan MAIWP untuk menjadikan Masjid Jamek sebagai tempat menyantuni semua golongan tanpa mengira latar belakang.

"Masjid Jamek ini kita kategorikan sebagai masjid pelancongan dan ini cara kita jadikan masjid yang rahmah bagi menyantuni semua golongan tak kira agama.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli beramah mesra bersama Ustaz Mohd Syukri Ismail,Imam Besar Masjid Jamek di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur hari ini. - Foto ZAHID IZZANI

"Sebahagian daripada gelandangan yang dibantu tadi juga bukan Islam. Memang niat kita untuk menjadikan masjid ini mesra dengan semua golongan," katanya.

Menurut beliau, pihak Istana Negara juga telah menyatakan persetujuan untuk program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang.