Malaysia kekal di tangga ke-35 Indeks Inovasi Global 2019

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Malaysia mengekalkan ranking ke-35 dalam Indeks Inovasi Global (GII) 2019 dan masih menjadi antara negara berpendapatan pertengahan yang berusaha merapatkan jurang inovasi, disokong kedudukan petunjuk pertamanya seperti eksport bersih teknologi tinggi dan eksport barangan kreatif.

Kedudukan Malaysia meningkat bagi empat daripada tujuh tonggak GII iaitu institusi (ke-40), infrastruktur (ke-42), sofistikated perniagaan (ke-36) dan keluaran kreatif (ke-44), menurut kenyataan bersama dikeluarkan INSEAD, Pertubuhan Hartanah Intelek Dunia (WIPO) dan Cornell University.

Iklan
Iklan

"Dari aspek petunjuk, peningkatan paling ketara adalah kualiti universiti, dengan Malaysia di kedudukan ke-17 tahun ini, manakala Perbelanjaan Domestik Kasar bagi Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) yang dilaksanakan perniagaan serta GERD yang dibiayai perniagaan masing-masing di ranking ke-25 dan ke-16.

"Bagi beberapa petunjuk lain, Malaysia merupakan antara 10 negara teratas dari segi graduan dalam sains dan kejuruteraan (kelapan), kerjasama penyelidikan antara universiti (kelapan), tahap pembangunan kluster (kelapan) dan beberapa pemboleh berkaitan perdagangan seperti import teknologi tinggi dan eksport bersih teknologi tinggi serta eksport produk kreatif,” menurut pihak berkenaan.

Iklan
Iklan

GII, yang diterbitkan bersama oleh INSEAD, WIPO agensi khusus Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Cornell University, merupakan kaedah penandaarasan terkemuka bagi eksekutif perniagaan, penggubal dasar dan lain-lain untuk mendapatkan perkembangan mengenai tahap inovasi di seluruh dunia. - Bernama