Tun M mulakan lawatan rasmi ke Turki

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga bagi lawatan rasmi beliau ke Turki. - FOTO BERNAMA

ANKARA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini memulakan program rasmi beliau di Turki dengan majlis meletak kalungan bunga di makam Mustafa Kamal Ataturk, pengasas yang juga Presiden pertama Turki, di Anitkabir di sini.

Dr Mahathir turut menandatangani Buku Penghormatan sebelum meneruskan acara yang berikutnya.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri juga akan melawat Industri Angkasalepas Turki (TAI) iaitu pusat teknologi Turki dalam rekabentuk, pembangunan, pemodenan, perkilangan, integrasi dan sokongan kitaran hidup bagi sistem angkasalepas yang bersepadu, daripada platform udara sayap tetap dan berputar kepada UAV dan satelit.

Dr Mahathir juga akan mengadakan mesyuarat dengan Erdogan di Kompleks Presiden di sini dan diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki.

Iklan
Iklan

Dr Mahathir tiba di sini pada Rabu untuk lawatan rasmi empat hari di Turki.- Bernama