MINI tawar program servis, baiki kenderaan sempena ulang tahun ke-60

Iklan
PROGRAM MSRI ditawarkan kepada semua model kenderaan MINI yang dibeli pada 8 Julai lalu hingga 31 Ogos depan.

SEMPENA ulang tahun ke-60, pengeluar kenderaan premium kompak, Mini Malaysia memperkenalkan program servis dan baiki inklusif (MSRI) bagi semua model kenderaan MINI yang dibeli mulai 8 Julai lalu hingga 31 Ogos depan.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, tawaran itu memberikan pemilik MINI baharu servis berjadual percuma terhad untuk 60 bulan atau 80,000 kilometer (mana-mana yang dipenuhi dahulu).

Iklan
Iklan

Itu termasuk jaminan tempoh 60 bulan tanpa had perbatuan bagi kesemua model yang terangkum dalam portfolio kenderaan MINI.

"Pada tahun ini, kami meraikan inovasi British yang berusia 60 tahun. Ia hadir bersama reka bentuk ikonik serta ciri-ciri pemanduan mengujakan yang sinonim dengannya.

Iklan

"Sejak 1959, MINI tidak lekang mencabar batasan dan pada masa sama, masih mengekalkan identiti berpaksikan penggunaan ruang yang kreatif, keseronokan pemanduan, gaya dan individualis,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

MINI Malaysia juga turut melanjutkan program MSRI kepada pemilik MINI baharu untuk membawakan pengalaman pemilikan premium.

Iklan

Penawaran melalui program itu sejajar dengan sistem servis berasaskan keadaan dan merangkumi pemeriksaan kenderaan, penukaran minyak enjin dan servis untuk penapis udara, penapis bahan api, penapis mikro, palam pencucuh dan bendalir brek.

Di samping itu, program MSRI juga boleh diperoleh oleh pelanggan pakej gerombongan (kenderaan dikecualikan duti dan Program Kepulangan Pakar (REP)).