JERANTUT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada penjualan gula-gula Ghost Smoke dikesan di daerah itu.
Ketua Cawangan KPDNHEP Jetantut, Mohd Faizul Salleh berkata, ia hasil pemeriksaan berkala dijalankan di premis sekitar daerah ini bermula Isnin lalu.
Pemeriksaan dijalankan anggota penguat kuasa KPDNHEP Jerantut di daerah ini bermula Isnin lalu.
Menurutnya, operasi tersebut berikutan penularan gula-gula berasap itu di laman sosial baru-baru ini.