KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai terjatuh lalu terhantuk ke dinding ketika bertengkar dengan seorang lagi wanita di pangsapurinya di Kepong, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, polis yang menerima panggilan kira-kira 9.50 pagi bergegas ke tingkat lima pangsapuri berkenaan dan mendapati mangsa, 65 tahun dalam keadaan terbaring dan berdarah di bahagian kepala di anjung rumahnya.