Harga Huawei baru kurang RM900?

Iklan
Huawei Y9 Prime 2019 akan dikeluarkan di Malaysia pada 27 Julai dengan harga RM899.

HUAWEI Y9 Prime 2019 bakal berada di pasaran tempatan bermula Sabtu ini, 27 Julai dengan tawaran harga RM899.

Telefon pintar yang menggunakan pemproses Kirin 710F yang dipadankan dengan keupayaan memori (RAM) 4GB bersama storan 128GB untuk kemudahan pengguna.

Iklan
Iklan

Huawei Y9 Prime menggunakan kamera swafoto mekanikal pop-naik dengan resolusi 16 megapixel (MP) selain tetapan tiga lensa untuk kamera utama.

Kamera utama akan menggunakan resolusi gabungan 16MP + 8MP + 2MP untuk menghasilkan gambar berkualiti untuk pengguna.

Iklan

Peranti berkenaan juga menggunakan teknologi fotografi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kualiti gambar yang dirakam.

Manakala, skrin Huawei Y9 Prime berukuran 6.59 inci dengan paparan Ultra FullView sekali gus menghasilkan tona warna paparan yang lebih baik.

Iklan

Berhubung penggunaan kamera swafoto mekanikal pula, pengguna tidak perlu bimbang kerana ia direka untuk bertahan lebih daripada 100,000 kali pop-naik yang bersamaan dengan dua tahun penggunaan.

Telefon pintar berkenaan menggunakan bateri berkapasiti 4,000mAh untuk menjamin ketahanan peranti walaupun sudah digunakan secara maksimum sepanjang hari.

Huawei Y9 Prime menggunakan pengecas sambungan USB Type-C dan turut didatangkan dengan bicu audio 3.5mm.

Orang ramai boleh mendapatkan telefon pintar ini bermula Sabtu ini di mana-mana kedai Huawei atau wakil penjual yang sah dengan tiga warna pilihan iaitu Midnight Black, Sapphire Blue serta Emerald Green.

Pelbagai hadiah eksklusif menanti pembeli, antaranya percuma langganan Viu selama enam bulan.