MB serah polis siasat isu pencemaran diesel

Iklan
Amirudin menyampaikan cenderhati kepada salah seorang penerima pada Program Selangkah ke Universiti anjuran Yayasan Pelajaran MARA di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar hari ini.

SABAK BERNAM - Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis berhubung kes pencemaran minyak diesel Sungai Selangor termasuk dakwaan membabitkan tiga pemancing pada 21 Julai lalu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, siasatan yang dibuat polis itu berdasarkan daripada laporan pemancing.

Iklan
Iklan

"Polis panggil pemancing tersebut untuk membantu siasatan. Bagaimanapun, belum tentu mereka adalah suspek terlibat,” katanya.

Terdahulu, Amirudin merasmikan Program Selangkah ke Universiti anjuran Yayasan Pelajaran Mara di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, pontun pengorekan dan penyedutan pasir berada di kawasan sungai terbabit tidak mengalami sebarang masalah sebaliknya saluran yang ditarik keluar menyebabkan berlakunya pencemaran.

"Selepas ini, kita telah arahkan mana-mana pontun yang tidak digunakan dibawa keluar dari sungai agar perkara sama tidak berulang kembali.

Iklan

"Malah, kita juga mencadangkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang melaksanakan kerja-kerja pengorekan pasir dengan teknologi lain sekiranya ada,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut isu pencemaran sisa kumbahan ladang khinzir yang berlaku di Sungai Sepang Besar, Bagan Lalang, Sepang, Amirudin menegaskan, ia merupakan perkara lama yang telah tertangguh dan berada dalam senarai tindakan kerajaan negeri.