Penghantar makanan maut bertembung pacuan empat roda

Iklan
Keadaan motosikal mangsa setelah bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford. Gambar kecil:Muhammad Nurafiq Roslan.

MELAKA - Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di persimpangan Taman Cheng Ria di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30, mangsa, Muhammad Nurafiq Roslan yang beralamat di Taman Bertam Ria Pulau Gadong meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha 125ZR ditunggang mangsa telah bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat dipandu lelaki berusia 37 tahun dari arah lampu isyarat Cheng Height ke Lebuh AMJ seterusnya membelok ke kanan untuk masuk ke Taman Cheng Ria telah bertembung dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Iklan

"Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan perut telah dikejarkan ke Hospital Melaka, namun disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Afzanizar berkata, kedua-dua kenderaan terbabit telah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.

Iklan

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.