KLANG - Lebih 1,000 hadir perhimpunan aman anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (GERAS) di Dataran Seni, di sini, menuntut keadilan bagi kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, hari ini.
Mereka berarak sejauh 400 meter dari Masjid Diraja ke Dataran Seni dengan membawa sepanduk 'Justice For Adib' sambil melaungkan takbir dan hidup Islam.
Iklan
Iklan
Tinjauan mendapati, rata-rata mereka memakai t-shirt berwarna hitam serta lilit kepala sebagai solidatari menyokong penganjuran perhimpunan aman itu.
Setakat jam 6 petang tadi, peserta masih memenuhi pekarangan Dataran Seni serta kawasan sekitar bagi mendengar ucapan wakil penganjur perhimpunan.
Keadaan ketika ini masih terkawal dengan anggota polis dan polis trafik ditempatkan bagi mengawal lalu lintas.
Pemantauan udara turut dilakukan polis di kawasan ini.
Dalam pada itu, penganjur turut melancarkan tabung untuk meringankan beban ibu bapa Allahyarham Muhammad Adib.