Rasuah jam Omega: SPRM sudah lengkapkan kertas siasatan

Iklan
Latheefa Koya

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan terhadap Setiausaha Politik Menteri Industri dan Asas Tani yang didakwa menerima suapan jam tangan mewah bernilai RM28,000.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Kita telah menghantar kertas siasatan tersebut pada 10 Julai lalu dan sedang menunggu maklum balas," katanya.

Pada 26 Julai lalu, Menteri Undang-undang, Liew Vui Keong dilapor berkata, suspek telah dilepaskan daripada disiasat oleh SPRM.

Iklan

Ia berikutan, pegawai kanan tersebut dapat menjelaskan tanpa keraguan mengenai sumber wang untuknya membeli jam tangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai menteri beli sendiri jam mewah RM28,000: Vui Keong

Iklan

Pada 1 April lalu, SPRM menahan lelaki itu yang berusia 47 tahun selepas disyaki menerima seutas jam Omega bernilai RM28,000 sebagai dorongan membolehkan syarikat pemaju mendapat projek.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan setiausaha politik terima suapan jam RM28,000

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sehubungan itu, pegawai berkenaan direman tiga hari bagi membantu siasatan.