Sastera bandingan merentas budaya
SASTERA bandingan telah banyak mengubah wajah sastera dunia pada zaman pascamoden ini. Semuanya menjadi dekat, penemuan baharu berlaku dengan cepat. Justeru sastera bandingan memiliki tenaga luar biasa
SASTERA bandingan telah banyak mengubah wajah sastera dunia pada zaman pascamoden ini. Semuanya menjadi dekat, penemuan baharu berlaku dengan cepat. Justeru sastera bandingan memiliki tenaga luar biasa. Di Barat, mereka berlumba-lumba membuat kajian dan penyelidikan. Tidak sekadar untuk perkenalan dan persefahaman dalam kalangan keluarga benua sastera; bahkan untuk membandingkan siapakah yang terlebih dahulu mencipta kejayaan.
Kini, kajian paling popular ialah wacana silang budaya. Steven Totosy de Zepentnek (2013), menyatakan pendekatan budaya lebih sesuai, kerana ia membuka seluas-luasnya peluang menurut kudrat alamiah masing-masing, untuk menjana penemuan baharu dalam berkarya. Dalam kalangan negara-negara Komanwel juga, pendekatan lintas budaya digunakan dengan meluasnya. Menurut Alamgir Hashmi (2014), kajian sastera bandingan dalam kalangan bekas jajahan British, terutama sastera di Asia, bergerak pantas sesuai dengan zaman global.