Kayuh basikal 20 kilometer ke sekolah
Iklan
"GENERASI sekarang tidak melalui kesusahan seperti yang dialami orang terdahulu. Jadi semangat dan kesungguhan (ketika melakukan apa sahaja pekerjaan) mereka adalah berbeza,” kata bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.
Itulah ungkapan yang dikongsi anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu kepada Sinar Ahad baru-baru ini.