Azmin tinggalkan PKR hanya khabar angin: Zuraida

Iklan
Zuraida (dua dari kiri) pada sidang media ketika lawatan kerjanya di MBI, hari ini.

IPOH -"Khabar angin tetap khabar angin."

Demikian ulasan ringkas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berhubung dakwaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan meninggalkan parti itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bukan mudah untuk menyingkirkan seseorang daripada jawatan yang dipilih sendiri oleh anggota sesuatu parti.

"Azmin merupakan Timbalan Presiden Keadilan dan beliau dipilih oleh anggota parti.

Iklan

"Apabila sudah dipilih, beliau tidak boleh disingkirkan begitu sahaja. Tidak semudah itu sekiranya ada komplot untuk menyingkirkannya," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada lawatan kerjanya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di sini hari ini.

Iklan

Ditanya mengenai perkembangan lanjut terhadap Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Zuraida menyerahkan sepenuhnya kepada lembaga disiplin parti untuk ambil tindakan sewajarnya.

"Ada kenyataan bahawa mereka berdua akan dipanggil untuk mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat mereka.

"Jadi, biarkan lembaga disiplin menjalankan tugas dan kita akan lihat hasilnya nanti," katanya.