KUALA LUMPUR - Rakaman video sebuah kereta peronda polis diserang sekumpulan individu kononnya berlaku pada sambutan Krismas di ibu negara awal pagi tadi, adalah rakaman lama.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata rakaman insiden yang berlaku pada 2014 itu disebarkan semula dipercayai untuk mengganggu ketenteraman pada sambutan perayaan berkenaan.