KULIM - Seorang remaja wanita memberikan alasan ibunya tahu mengenai tindakannya membawa pulang seorang lelaki ke rumah ketika ditahan Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di rumahnya, di Taman Nilam Kulim, awal pagi semalam.
Ketua Penguatkuasa PADK, Anwar Sariffudin Mat Saad berkata, remaja itu dan kekasihnya dari Kampung Batu 4, Sungai Ular berusia 20 tahun ditahan pada jam 1.10 pagi selepas pihaknya menerima aduan awam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, lelaki berkenaan membuka pintu selepas pintu rumah diketuk dan diberi salam.
"Sewaktu ditahan, ibu kepada remaja wanita berkenaan tiada di rumah kerana bekerja kilang.
"Remaja wanita itu juga memberikan alasan ibunya mengetahui lelaki tersebut datang tidur di situ," katanya.
Katanya, pasangan berkenaan juga tidak mengendahkan nasihat jiran-jiran supaya tidak melakukan perbuatan menyalahi agama.
Beliau berkata, pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.