Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS

Iklan

RINGGIT ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini berikutan para pelabur menunggu perkembangan daripada dua acara penting minggu depan, iaitu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS), dan juga perbincangan perdagangan AS-China.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1180/1210 berbanding 4.1130/1160 ketika ditutup pada Khamis.

Iklan
Iklan

Penganalisis pasaran FXTM Han Tan berkata perbincangan perdagangan antara AS dan China disambung pada Selasa di Shanghai, para pelabur tetap mengambil pendekatan berhati-hati dengan pertemuan itu.

"Memandangkan konflik perdagangan yang berlarutan kekal sebagai pemacu utama sentimen pasaran global, para pelabur mungkin memberi tindak balas terhadap sekecil manapun perkembangan terhadap kebuntuan AS-China,” katanya kepada Bernama.

Iklan

Beliau berkata para pelabur juga kekal tidak memasuki pasaran kerana Rizab Persekutuan AS dijangka menurunkan kadar faedah buat kali pertama sejak 2008, dengan pengurangan 25 mata asas, menurut ramalan pasaran.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Iklan

Ia tinggi sedikit berbanding dolar Singapura pada 3.0091/0118 daripada 3.0116/0143 semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.7905/7936 daripada 3.8048/8086.

Mata wang tempatan juga naik berbanding pound British kepada 5.1211/1265 daripada 5.1314/1372, tetapi merosot berbanding euro kepada 4.5879/5920 daripada 4.5765/5815. - Bernama