'Ghost Smoke': NCIG lancar kempen #Not4Kids

Iklan
- Foto Facebook Shariffuddin Bujang

KUALA LUMPUR - Syarikat peranti anti rokok NCIG Sdn Bhd melancarkan kempen #Not4Kids bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan industri agar produk berkaitan golongan dewasa tidak dijual kepada kanak-kanak.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Shariffuddin Bujang berkata, tindakan itu dibuat berhubung laporan media mengenai isu gula-gula rokok yang dijual kepada murid sekolah baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"#Not4Kids adalah kempen jangka panjang yang dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan industri bahawa pentingnya memastikan semua produk pasaran dewasa tidak dijual kepada belia.

"Kami berasa bimbang dengan kes-kes yang berlaku di sekolah dan kami bersedia membantu pihak berkuasa, pentadbir sekolah, dan kumpulan masyarakat untuk berperang melawan penipuan ini di kalangan belia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:

Belum habis cerita vape, timbul pula ghost smoke

Iklan

39 gula-gula 'Ghost Smoke' dirampas

Beliau turut mengutuk tindakan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab mengejar keuntungan dengan menjual produk pasaran dewasa kepada golongan belia.

"Penjualan gula-gula 'Ghost Smoke' yang seakan-akan rokok, serta vape berperisa 'bubble gum' dan gula-gula kapas amat membimbangkan.

"Kami di NCIG tidak akan membiarkan atau menyokong tindakan mereka yang membuat dan menjual peranti seperti ini," katanya.

Justeru beliau berkata, NCIG sendiri telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keseluruhan rantaian edarannya menguatkan larangan penjualan produknya kepada anak-anak di bawah umur.

"Semua pembungkusan runcit produk NCIG sedang direka bentuk semula supaya ia memperlihatkan label amaran lebih jelas yang melarang jualan kepada kanak-kanak bawah umur.

"Selain itu, penguatkuasaan pendaftaran mandatori menggunakan kad pengenalan bagi pengaktifan peranti NCIG juga akan dilakukan selain larangan kemasukan ketat oleh kanak-kanak di semua premis runcit NCIG di seluruh dunia," katanya.