NEW DELHI - Dewan rakyat India meluluskan rang undang-undang (RUU) mengharamkan amalan cerai talak tiga dalam kalangan umat Islam dan menghukum pesalah dengan tiga tahun penjara, walaupun pembangkang menuntut isu itu diteliti Jawatankuasa Tetap.
RUU Wanita Islam (Perlindungan Hak dalam Perkahwinan) 2019 yang melarang perceraian dengan melafazkan talak tiga sekali gus diluluskan dengan 303 undian menyokong dan 82 menentang.