Emas, logam bernilai RM164 juta dicuri di lapangan terbang

Iklan

RIO DE JANEIRO - Lapan perompak bersenjata mencuri emas dan logam bernilai AS$40 juta (RM164 juta) di Lapangan Terbang Guarulhos di Sao Paulo.

Menurut Globo TV memetik polis sebagai berkata, lelaki bersenjata itu turut menjadikan dua orang sebagai tebusan.

Iklan
Iklan

Dilaporkan, penyerang tiba di lapangan terbang menaiki trak pikap berwarna hitam menyerupai kereta polis persekutuan.

Jenayah bermotifkan kewangan seperti rompakan bersenjata sering berlaku di Brazil dan semakin meningkat dengan 22,000 kes rompakan kargo dilaporkan di dua negeri - Sao Paulo dan Rio de Janeiro – pada 2017.

Iklan
Iklan

Polis menuduh kumpulan jenayah sebagai dalang kepada kejadian rompakan dan kerugian setiap tahun dianggarkan bernilai jutaan dolar. - Agensi