Pengedar dadah warga Indonesia ditahan di Miri

Iklan

MIRI - Seorang pengedar dadah warga Indonesia ditahan dalam satu serbuan anti dadah di rumah pekerja di ladang pakaka Niah Jalan Miri-Bintulu pukul 7.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, dalam serbuan itu polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 33.69 gram dianggarkan berjumlah RM4,379.70 dari suspek lelaki berusia 47 tahun itu.

Iklan
Iklan

"Dadah tersebut ditemui di dalam bilik suspek iaitu 30 keratan tiub straw warna biru dan lapan keratan tiub straw warna merah yang mengandungi dadah methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata, suspek dipercayai aktif mengedar dadah sejak tahun lepas di sekitar kawasan Batu Niah dengan mendapat sumber dadah dari pengedar tempatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan suspek juga tiada rekod jenayah lampau. Kes disiasat dibwah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. -Bernama