FAMA sasar nilai jualan RM300,000 bagi program JTDL

Iklan
Najwan (tengah) sambil disaksikan Mohemed Zharaubi (kanan) menyempurnakan simbolik perasmian Program JTDL di SACC Mall.

SHAH ALAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor menyasarkan nilai jualan sebanyak RM300,000 menerusi program Jualan Terus dari Ladang (JTDL) yang berlangsung di SACC Mall hingga esok.

Timbalan Pengarah FAMA Selangor, Mohemed Zharaubi Khafi berkata, ia sasaran bagi hasil jualan 30 tan metrik buah-buahan tempatan termasuk durian, rambutan, cempedak, manggis dan lain-lain dalam tempoh selama empat hari program berlangsung.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak 63 kali JTDL dianjur di outlet dan program anjuran FAMA seluruh Selangor sehingga Jun lalu melibatkan 125 peserta ladang kontrak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dengan nilai jualan sebanyak RM569,465.

"FAMA Selangor ambil insiatif adakan program ini untuk sediakan outlet pasaran alternatif kepada peserta ladang kontrak MOA.

Iklan

"Melalui program di SACC Mall ini, FAMA Selangor sasar nilai jualan sebanyak RM300,000 atau sebanyak 30 tan metrik buah-buahan tempatan,” katanya selepas Majlis Perasmian JTDL disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi.

Menurut Mohemed Zharaubi menerusi program dianjur, pengguna akan menikmati harga istimewa antara lima peratus hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

Iklan

Katanya, pengguna boleh mendapatkan pelbagai jenis durian termasuk musang king, tekka, udang merah, D24,D13,101 dan durian kampung.

"Selain itu pengguna juga boleh mendapatkan buah bermusim lain termasuk rambutan, cempedak, manggis, pulasan, buah salak, petai, jagung dan tarap (sejenis buah istimewa dari Sabah).

"Jaminannya pengguna mendapat produk terus dari ladang yang segar dan berkualiti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohemed Zharaubi berkata, Selangor dijangka mengeluarkan sebanyak 475.2 tan metrik durian sepanjang musim buah itu sejak Mei lalu.

Ia katanya, melibatkan keluasan ladang hampir 290 hektar di daerah Hulu Langat, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Gombak.

"Selain durian, cempedak dijangka mengeluarkan hasil sebanyak 267.5 tan metrik bermula bulan ini dan rambutan pula sebanyak 276.4 tan metrik bermula bulan depan,” katanya.