Makam berusia 187 tahun dipindahkan

Iklan
Kerja menggali kedua-dua kubur berusia lebih 180 tahun berjalan lancar.

KOTA BHARU - Kubur lama berusia 187 tahun yang menjadi tempat bersemadinya anak pembesar Kerajaan Melayu Patani bersama seorang hulu balang dipindahkan hari ini.

Makam bersejarah di Kampung Pulong, Kubang Kerian itu dipindahkan dari kubur Tok Kuda ke Langgar Surau di Lundang yang turut menempatkan kaum kerabat Dato’ Lundang.

Iklan
Iklan

Setiausaha Pertubuhan Kerabat Dato’ Lundang Kelantan, Long Muhammad Wan Mohd Nor berkata, mengikut catatan sejarah Lundang, Wan Hassan ialah anak kepada Haji Wan Ahmad seorang Perdana Menteri di zaman Tengku Sulong menjadi Raja Patani.

"Berdasarkan sejarah, pada tahun 1831 berlaku pemberontakan dan ketika itu Patani kalah hingga menyebabkan Wan Ahmad bersama sebahagian rakyat datang ke Kelantan, Perak dan Terengganu.

Iklan

"Kemudiannya ketika berlindung di sini mereka dapat dihidu tentera Siam dan berlakunya pertempuran di Kampung Lundang yang turut mengorbankan Haji Wan Ahmad mati," katanya kepada media hari ini.

Menurutnya. tidak lama selepas itu berlaku pertempuran sekali lagi di Kampung Pulong di tempat Wan Hassan berlindung. Ketika itu Wan Hassan dan hulu balang yang terselamat sebelum ini mati dibedil tentera Siam.

Iklan

"Wan Hassan bersama hulu balang tersebut mati dibedil askar Siam pada tahun 1832 kerana kedua-duanya dianggap sebagai penderhaka negara dan mereka dikebumikan di Kubur Kuda, Kubang Kerian.

"Kubur yang berada di tanah persendirian milik Roslan Afandi Nazi berkenaan dipindahkan atas permintaan kerabat keluarga itu," katanya.

Long Muhammad berkata, kerja-kerja menggali mengambil masa satu jam bermula 10 pagi tadi dan tiada serpihan tulang ditemui memandangkan usia kubur yang terlalu lama.

Dalam pada itu, proses pemindahan berkenaan dipantau Pegawai Hal Ehwal Imarah Masjid Majlis Agama Islam Adat Istiadat Melayu Kelantan, Roslee Ismail.