KUALA KRAI - Polis sedang menyiasat rakaman video sekumpulan remaja menunggang motosikal secara berbahaya di Kampung Bedal, Bukit Sireh.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, video yang dimuat naik Khamis lalu oleh seorang pengguna Facebook itu tular di media sosial.