Pastikan dalang hina nabi diberi hukuman berat

Iklan
Mohd Rafiq yang mewakili Bersatu Melaka bersama sayap Srikandi dan Armada membuat laporan di Balai Polis Taman Tasik Utama MITC, Ayer Keroh hari ini.

MELAKA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook, Wendy Loong yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Laporan dibuat Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen di Balai Polis Taman Tasik Utama MITC, Ayer Keroh, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata, laporan polis tersebut dibuat bagi mewakili Bersatu Melaka bersama sayap Srikandi dan Armada Bersatu Melaka.

"Tindakan pemilik akaun Facebook ini amat keterlaluan dan tidak boleh diterima sama sekali.

Iklan

"Saya berharap pihak polis dapat bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat individu yang terlibat dalam perkara ini.

"Tindakan tegas dan pantas harus diambil bagi memastikan dalang yang terlibat menghina Nabi Muhammad SAW diberikan hukuman paling berat supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak sesekali berani melintasi garis sensitiviti antara agama dan kaum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Tegasnya, rakyat mahukan perpaduan bukannya membakar sentimen perkauman dan keagamaan secara keterlaluan semata-mata untuk mendapat keuntungan politik.

"Penghinaan Nabi Muhammad bukan isu politik dan tidak harus dipolitikkan oleh pihak yang berkepentingan. Semua pihak tanpa mengira ideologi politik harus menolak perbuatan biadab ini.

"Bersatu akan terus berada di barisan paling hadapan untuk mempertahankan kesucian Islam dan kedudukan bangsa Melayu tanpa mengetepikan serta mendiskriminasikan hak kaum dan agama lain," katanya.

Tambahnya, rakyat negara ini harus hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama.