Dua gempa bumi gegar Filipina, ragut 5 nyawa

Iklan
Salah seorang penduduk melihat kesan kemusnahan akibat gempa bumi. - Foto Manila Bulletin

MANILA - Lima orang terbunuh dan 12 lagi cedera dalam dua gempa bumi yang melanda kepulauan Batanes di utara pulau Luzon, Filipina pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.

Gabenor Batanes, Marilou Cayco, memberitahu media tempatan seramai lima dilaporkan maut dan 12 lagi cedera dalam gempa pertama berukuran 5.4 magnitud yang berlaku Sabtu. Gegaran turut merosakkan sebuah gereja lama dan kediaman, tambah beliau.

Iklan
Iklan

Gempa pertama melanda pada 4.16 pagi waktu tempatan, dengan kedalaman 12 kilometer, kira-kira 12 kilometer timur laut bandar Itbayat. Gempa kedua berukuran 6.4 magnitud berlaku pada 7.38 pagi waktu tempatan.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) berkata, gempa kedua melanda dengan kedalaman 43 kilometer kira-kira 19 kilometer barat laut Itbayat.

Iklan
Iklan

Menurut institut itu, gegaran turut dirasai di bandar Basco dan Sabtang selain boleh mencetuskan gempa susulan. - Bernama