Permudahkan perjalanan kami pulang ke Malaysia: Ibu Ainul

Iklan
Perkongsian ibu bapa Ainul mengenai berita gembira kepulangan mereka di laman sosial Instagram.

SHAH ALAM - Selepas kepulangannya ke tanah air sebelum ini dibatalkan pada saat akhir, bayi istimewa, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini dalam perjalanan meninggalkan ibu kota London.

Berita gembira itu dikongsikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, melalui Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian itu, Nurul Erwani turut berharap kepulangan mereka ke tanah air akan dipermudahkan.

"ALLAH, permudahkan perjalanan kami sampai ke Malaysia. Berikan kami sekeluarga kekuatan untuk menghadapi segalanya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:

Ibu bapa mahu bawa pulang Ainul secara rahsia

Iklan

Ainul Mardhiah sudah pandai pusingkan badannya

"Selamat tinggal London. Kami akan merindui segala kenangan terindah di sini,” tulisnya dalam status yang dikongsikan beberapa jam yang lalu.

Sementara itu, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak pula berkongsi sekeping gambar di laman Instagram miliknya memperlihatkan Nurul Erwani dan Ainul duduk di dalam sebuah pesawat.

Sebelum ini, pasangan suami isteri ini pernah berkongsi mereka akan membawa pulang Ainul selepas lebih dua bulan menjalani rawatan seterusnya pembedahan membuang ketumbuhan Germ Cell Tumour di sebuah hospital kanak-kanak di London.

Namun ia terpaksa dibatalkan selepas bayi istimewa itu didapati tidak sihat.