Gara-gara terlupa, bayi kembar mati dalam kereta

Iklan
Polis tiba di lokasi kejadian di mana sepasang bayi kembar ditemukan mati di bahagian tempat duduk belakang sebuah kenderaan.

KINGSBRIDGE - Seorang bapa di Amerika Syarikat memberi alasan terlupa ketika disoal-siasat polis berhubung kematian bayi kembarnya yang ditemukan mati lemas di bahagian tempat duduk belakang sebuah kenderaan semalam.

Bayi malang terbabit, Mariza dan Phoenix Rodriguez ditemukan sekitar jam 4 petang (waktu tempatan) dalam kereta yang diletakkan berhampiran persimpangan Kingsbridge, New York.

Iklan
Iklan

Bapa berusia 39 tahun itu berkata, dia pada mulanya menghantar anak sulung yang berusia tiga tahun ke rumahnya di Westchester sebelum menyambung perjalanan menuju ke tempat kerja.

Dia kemudian memulakan syif pagi di Pusat Perubatan VA di Bronx pada jam 8 pagi tanpa menyedari pasangan kembar itu tidur nyenyak di bahagian belakang.

Iklan

"Selepas syifnya berakhir pada sebelah petang, dia menuju ke keretanya untuk pulan ke rumah. Selepas memandu beberapa blok dari tempat kerja, dia mula menyedari anak kembarnya berada di belakang.

"Mulut pasangan kembar itu mengeluarkan buih sebelum menghubungi talian kecemasan 911," kata polis.

Iklan

Polis berkata, lelaki tersebut ditahan untuk siasatan namun setakat ini tiada sebarang pertuduhan dikenakan.

"Ia kemalangan yang tidak disengajakan. Apa pun, siasatan baru dimulakan dan kami akan mengeluarkan lebih banyak maklumat selepas ini," kata jurucakap Jabatan Polis New York. - Agensi