Kejohanan kriket CA cipta Guinness World Record

Iklan
V Gunendren (tiga, kanan) bersama Fuziah (dua, kiri) menunjukan plak Guinness World Record sebagai simbolik sempena Kejohanan Kriket 6 Sebelah Antarabangsa Kuantan CA kali ke-50 di Hotel Zenith di sini, malam tadi.

KUANTAN - Bagaikan tidak percaya impian sebuah persatuan untuk memecahkan Guinness World Record melalui Kejohanan Kriket 6 Sebelah Antarabangsa Kuantan CA akhirnya terlaksana.

Persatuan Ceylon Pahang telah menganjurkan Kejohanan tersebut sejak 1969 dan berjaya menarik penyertaan pasukan kriket dari seluruh dunia dan telah pun berjaya mendapat Malaysia Book of Records pada 2009

Iklan
Iklan

Berkongsi kejayaan itu, Presidennya, V Gunendren berkata pihaknya amat gembira penat lelah ahli persatuan terbalas walaupun menempuh pelbagai cabaran dalam melaksanakan kejohanan tersebut.

Menurutnya, pihaknya turut berbangga kerana ini merupakan satu-satunya kejohanan sukan paling lama di dunia yang telah diiktiraf oleh Guinness World Record.

Iklan

"Saya sangat gembira dan bangga kerana sehingga tahun ini kita telah mengadakan kejohanan tersebut untuk kali ke-50, sekali gus memecahkan Guinness World Record.

"Kejayaan ini juga adalah hadiah yang saya ingin hadiahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria'atuddin Al Mustafa Billah Shah yang akan ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini.

Iklan

"Walaupun tidak memenangi sebarang wang tunai atau hadiah, pengalaman dan kejayaan yang kami peroleh hari ini akan kami kenang sepanjang hayat," katanya.

Beliau berkata demikian pada makan malam sempena Kejohanan Kriket 6 Sebelah Antarabangsa Kuantan CA kali ke-50 di Hotel Zenith di sini, malam tadi

Turut hadir sama dan merasmikan Guinness World Record Kejohanan Kriket 6 Sebelah Antarabangsa Kuantan CA, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh

Tidak mahu kejayaan itu terhenti di situ saja, V Gunendren mempunyai harapan yang besar pada masa akan datang dalam kejohanan kriket tersebut.

"Dengan kejayaan ini memberi kami semangat untuk meneruskannya dan tahun ini kita telah berjaya menarik 17 kumpulan dari India, Pakistan, Bangladesh dan Singapura," katanya.