Pelatih hospital disingkir gara-gara Tik Tok

Iklan
Dua orang pelatih fisioterapi di India disingkir daripada menjalani latihan fisioterapi gara-gara video Tik Tok

HYDERABAD - Dua orang pelatih fisioterapi di India disingkir daripada menjalani perantisan di sebuah hospital gara-gara video Tik Tok yang dirakam di jabatan fisioterapi hospital berkenaan.

Dalam video Tik Tok yang tular Jumaat lalu, M Shyam dan Veena Kumar yang mengikuti latihan di Hospital Gandhi, kelihatan menari sambil menyanyikan beberapa buah lagu.

Iklan
Iklan

Kedua-dua pelajar yang mendaftar untuk mengikuti latihan selama setahun di hospital terbabit berkata, video tersebut dirakam tiga bulan lalu selepas selesai menjalankan tugas.

Berikutan insiden terbabit, kedua-dua pelajar telah digantung daripada mengikuti latihan dan kembali ke kolej masing-masing.

Iklan

"Kedua-duanya bukan dari Hospital Gandhi.Kami telah membatalkan latihan mereka kerana tingkah laku cuai selain menghantar notis kepada pihak jabatan fisioterapi mengenai isu ini.

"Pelajar kami tidak terlibat dalam aktiviti sedemikian," kata Dr P. Sravan Kumar, Superintendan Hospital Gandhi.

Iklan

Insiden berlaku hanya beberapa hari selepas pekerja kontrak di Perbadanan Perbandaran Khammam ditukarkan jabatan dan dipotong gaji susulan video Tik Tok yang menjadi tular. - Agensi