Kanak-kanak perempuan maut kemalangan dua kereta

Iklan
Keadaan di lokasi kejadian.

PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas terlibat kemalangan jalan raya bersama keluarganya di simpang empat lampu isyarat jambatan Sri Ehsan, di sini semalam.

Nur Umairah Syakirah Rosdi yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia pada jam 9.50 malam ketika dirawat di Hospital Putrajaya.

Iklan
Iklan

Dalam kemalangan sekitar jam 1.30 petang itu, Nur Umairah bersama ibu bapanya berusia 37 dan 43 tahun serta abang, kakak dan adiknya masing-masing berusia 8, 6 dan tiga tahun menaiki kereta Perodua Alza terlibat kemalangan dengan sebuah kereta lain.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, ahli keluarga kanak-kanak tersebut semuanya kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya.

Iklan

"Adik bongsu dan bapa kanak-kanak tersebut mengalami cedera ringan, manakala ibunya seorang guru tadika patah kaki kiri dan tulang pinggul retak.

"Sementara anak mereka yang berusia lapan tahun sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri dan seorang lagi anaknya berusia enam tahun turut cedera di kepala serta patah kaki kiri," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Rosly berkata, kemalangan melibatkan kereta jenis Audi A5 dengan Perodua Alza yang dinaiki oleh Nur Umairah bersama keluarganya.

"Berdasarkan siasatan awal polis, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Alza yang dipandu dari arah Persiaran Perdana menuju ke Persiaran Timur telah berlanggar dengan sebuah kereta Audi A5 datang dari arah Jalan Tun Hussein

"Kereta Audi A5 dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dan tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.