JAKARTA - INDONESIA. Jumlah korban tsunami di pantai Selat Sunda setakat petang semalam, meningkat kepada sekurang-kurangnya 429 orang manakala lebih 1,485 yang lain dilaporkan cedera.
Media tempatan melaporkan, jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho, berkata 154 lagi masih hilang akibat tsunami yang terjadi susulan aktiviti gunung berapi Anak Krakatau pada malam Sabtu lalu.
Mangsa tsunami Sunda di pusat perlindungan Kampung Citangkil di Sumur, Pandeglang memilih pakaian yang didermakan.- Foto AFP