Tidak guna banyak parti jika bangsa berpecah: Abu Bakar

Iklan
Abu Bakar Yahya (empat dari kanan) menerima lebih 2,000 borang keahlian Bersatu daripada Muhammad Afifi (dua dari kiri) sambil diperhatikan Syed Muhammad Zaimie.

PASIR MAS - Pemimpin Melayu dan Bumiputera perlu membuka pintu hati untuk bersama-sama di bawah satu wadah politik sekiranya sayang akan nasib serta masa depan bangsa sendiri.

Ahli Majlis Pimpinan Bersatu, Abu Bakar Yahya berkata, kebersamaan dalam erti kata perpaduan itu amat penting kerana kewujudan terlalu banyak parti politik yang mewakili orang Melayu dan Bumiputera.

Iklan
Iklan

”Ia akan menambahkan lagi perpecahan serta pengasingan kaum itu walaupun masing-masing mempunyai ideologi perjuangan yang sama.

"Apa yang boleh kita (orang Melayu dan Bumiputera) banggakan mempunyai banyak parti politik sedangkan ia membawa perpecahan dalam kalangan kita.

Iklan

"Walaupun orang Melayu dan Bumiputera adalah majoriti, hakikatnya pada hari ini kaum itu dari segi politiknya adalah minoriti,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Pertubuhan Ikatan Murni Chetok (PIMC) di Kampung Binjai Chetok, di sini.

Hadiri sama dalam majlis itu Yang Dipertua PIMC, Muhammad Afifi Muhammad Noor dan Ketua Bahagian Bersatu Bahagian Rantau Panjang, Syed Mohamad Zaimie Syed Drus.

Iklan

Katanya, ditambah pula dengan sikap dengki dan khianat dalam kaum itu membuatkan Melayu terus berpecah.

”Jadi semua pemimpin Melayu dan Bumiputera perlu buka pintu hati untuk kepentingan bangsa,” katanya.

Pada masa sama Abu Bakar turut menerima lebih 2,000 borang keahlian Bersatu tanda sokongan rakyat tempatan terhadap parti itu yang mendokong usaha penyatuan semula orang Melayu dan Bumiputera di bawah satu bumbung di negara ini.

Borang keahlian tersebut diserahkan oleh Muhammad Afifi yang juga bekas calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri Chetok pada pilihan raya umum lalu.