Peranti telekomunikasi tingkat keyakinan pelajar

Iklan
Amirudin bergambar bersama pelajar selepas merasmikan program #Myschoolgoals International Festival 2019 yang berlangsung di SMK TTDI Jaya.

SHAH ALAM - Pengurusan sekolah perlu memanfaatkan penggunaan peranti telekomunikasi dengan sebaiknya bagi meningkatkan keyakinan pelajar untuk berinteraksi dengan dunia luar.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, alatan peranti telekomunikasi pada masa kini mampu menghubungkan pelajar-pelajar dengan dunia luar namun perkara itu gagal dicapai sekiranya mereka tidak mempunyai keyakinan diri.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kaedah pengajaran yang kreatif dapat menarik minat pelajar untuk lebih mendalami aspek ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.

"Disebabkan itu saya memuji langkah yang diambil oleh pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya yang menggalakkan pelajarnya untuk mengikuti sesi persidangan atas talian dengan negara luar menerusi beberapa aplikasi pintar seperti Skype dan sebagainya.

Iklan

"Langkah ini dilihat dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar-pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik," katanya ketika berucap sewaktu merasmikan program #Myschoolgoals International Festival 2019 yang berlangsung di SMK TTDI Jaya, hari ini.

Amirudin (empat, kanan) bergambar bersama ADUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar (dua, kiri) selepas merasmikan program tersebut.

Difahamkan, melalui penganjuran #Myschoolgoals International Festival 2019 ini, pelbagai pertandingan berteraskan beberapa cabang ilmu turut dianjurkan melibatkan bidang Bahasa, Matematik, Sains, Teknikal Vokasional dan Kemanusiaan.

Iklan

Penganjuran ini juga turut berjaya menarik penglibatan peserta daripada lima buah negara iaitu Arab Saudi, Indonesia, Singapura, Thailand dan Cambodia.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Kerajaan Selangor sentiasa menyokong progam seumpama ini berikutan ia dapat mencungkil bakat-bakat pelajar yang terpendam dalam pelbagai bidang sama ada kemahiran, vokasional, seni atau budaya.

Beliau berkata, langkah ini secara tidak langsung dapat menjadi pemangkin dalam mempersiapkan pelajar untuk menghadapi kehidupan mendatang dalam dunia yang menggunakan teknologi dan kemahiran.

"Ingin saya ingatkan juga bahawa dalam kita berusaha untuk meningkatkan kejayaan akademik, aspek pembangunan modal insan dalam diri pelajar juga perlu diterapkan