HULU SELANGOR - Seorang mangsa dilaporkan rentung dalam satu kejadian kebakaran sebuah kabin pekerja di tapak pembinaan berhampiran Jalan Kubu menghala ke Pekan Rasa awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.49 pagi.