Rabbani ajak sertai ibadah korban

Iklan
Rabbani

KUMPULAN nasyid popular yang masih bertahan sehingga kini, Rabbani terus menjalankan tanggungjawab dakwah mereka.

Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha, Rabbani berbangga kerana dapat menjalinkan bekerjasama dengan Pusat Latihan Dakwah Darul Adnin bagi menganjurkan pakej ibadah korban ke pendalaman Sabah dan misi bantuan Pembangunan Insan.

Iklan
Iklan

"Dengan harapan dapat membantu dan meraikan saudara seIslam kita yang berada di sana agar dapat merasai sambutan Aidiladha seperti di tempat kita," ujar Azadan mewakili teman-temannya.

Orang ramai dan peminat yang berhajat menyertai bahagia korban dan juga sumbangan amal kemanusiaan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan layari Facebook Pusat Latihan Dakwah Darul Adnin.

Iklan

Selain itu, bersempena dengan bulan kemerdekaan ini juga, Rabbani turut berpeluang bekerjasama dengan beberapa NGO bagi misi kemanusiaan.

"Kami kumpulan Rabbani juga panjatkan rasa syukur kerana pada bulan Ogos ini dapat bekerjasama dengan beberapa NGO untuk bantuan misi kemanusiaan.

Iklan

"Antaranya Rabbani dijemput untuk mengadakan Road Tour Malam Cinta Rasul dan Konsert Gema Intifada di beberapa lokasi di sekitar Kuching Sarawak bermula 29 Ogos hingga 2 September 2019 yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Pesakit Islam Kuching (PKPIK)," katanya.

Untuk makluman juga, 13 0gos ini, genap satu dekad pemergian ketua kumpulan Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim.

"Sebagai tribute untuk Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim kami sedekahkan segala amal bakti kami ini kepada arwah agar beliau tenang dan bahagia di sana.

"Kami menyeru kepada peminat dan sahabat handai, jom kita memberi sokongan kepada Pusat Latihan Dakwah Darul Adnin dan juga Persatuan Kebajikan Pesakit Islam Kuching(PKPIK) agar dipermudahkan urusan mereka dan kita semua," jelas Azadan.