Guru cabul pembantu makmal dijel 38 bulan

Iklan
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 38 bulan selepas didapati bersalah mencabul seorang pembantu makmal sekolah dua tahun lalu.

KUALA TERENGGANU- Seorang guru di sebuah sekolah menengah di daerah ini dijatuhi hukuman penjara 38 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas kesalahan mencabul kehormatan seorang pembantu makmal sekolah, dua tahun lalu.

Tertuduh, Hanafi Idris, 43, didapati bersalah terhadap pertuduhan mencabul mangsa, 44, di bilik persediaan makmal kimia sekolah berkenaan kira-kira jam 9.15 pagi, pada 15 Ogos 2017.

Iklan
Iklan

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau antara dua hukuman itu jika disabitkan kesalahan.

Iklan
Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Ka Full manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd Hayyatuddin Muhamad dan Mohd Asaari Salleh.