Tak sempat sampai klinik

Iklan
Keadaan kereta mangsa yang remuk dalam kemalangan maut tersebut.

PASIR GUDANG - Seorang pengawal keselamatan maut selepas kereta dipandunya terbabas ketika dalam perjalanan ke klinik di Kampung Pasir Putih.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, mangsa terlibat dikenali sebagai Masazlan Maswan, 53, beralamat di Jalan Mangga, Taman Kota Masai.

Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan anggota bomba.

Iklan
Iklan

"Kemalangan berlaku jam 1 petang tadi di Jalan Pekeliling menghala ke Tanjung Langsat ketika mangsa memandu kereta dari tempat kerja ke klinik di Kampung Pasir Putih.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Klinik Kesihatan Pasir Gudang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kereta dipandu mangsa terbabas dan melanggar longgokan tanah di kiri jalan.

Mangsa maut terbabas dalam perjalanan ke klinik di Kampung Pasir Putih hari ini.

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah gagal mengawal kereta lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar longgokan tanah di bahu jalan.

Iklan

"Pelanggaran itu menyebabkan keretanya terbalik lalu terseret. Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu telah dibawa keluar dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang," katanya.

Seramai enam anggota bomba dan seorang pegawai bersama sebuah jentera terlibat dalam operasi tersebut.