Hina nabi: Puteri UMNO gesa tindakan terhadap Wendy Loong

Iklan
Marzuani (tiga dari kanan) bergambar bersama lebih 30 anggota Puteri UMNO dan ketua-ketua puteri bahagian di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini.

KOTA BHARU - Puteri UMNO Kelantan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang sengaja mencetuskan ketidakharmonian antara kaum di negara ini.

Ketuanya, Marzuani Ardila Ariffin berkata, tindakan pihak terlibat yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dilihat cuba menyemarakkan sensitiviti rakyat dengan mempermainkan isu agama.

Iklan
Iklan

"Mereka ini sengaja mencetuskan perkauman dengan menjadikan isu agama ini sebagai mainan dan hinaan. Perkara seperti ini tidak boleh berlaku kerana Malaysia hidup dalam masyarakat majmuk berbilang kaum.

"Tindakan tersebut langsung tidak mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak terutamanya kepada orang Islam sendiri yang tidak pernah mengusik agama lain,” katanya kepada media di sini.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pengguna akaun Facebook dikenali Wendy Loong yang didakwa menghina agama Islam melalui satu lakaran yang dipaparkan melalui laman sosial miliknya minggu lalu.

Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga boleh mengambil tindakan tegas kepada yang berkenaan supaya ia menjadi iktibar dan tidak mudah untuk dilakukan lagi selepas in

Iklan

"Sebab itu kita mahu kerajaan ambil tindakan tegas sebab pelaku-pelaku ini tidak akan mudah serik jika penguatkuasaan yang sama dilakukan selepas ini," katanya.

Terdahulu, Marzuani bersama lebih 30 anggota Puteri UMNO dan ketua-ketua puteri bahagian di negeri ini hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membuat laporan polis terhadap tindakan dilakukan individu terbabit.