Tokan dadah terjun Sungai Tembeling

Iklan
Fairus (tiga dari kiri) menunjukkan dadah dan peralatan yang dirampas daripada suspek.

JERANTUT- Seorang tokan dadah nekad terjun ke dalam Sungai Tembeling untuk menyelamatkan diri selepas menyedari kehadiran anggota polis dalam serbuan di kawasan terbabit di sini semalam.

Lelaki berusia 32 tahun itu menjadikan rakit di Sungai Tembeling di Kuala Tahan sebagai pusat pengedaran dadah kepada pelanggannya di sekitar kawasan Kuala Tahan.

Iklan
Iklan

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Jerantut, Asisten Superitenden Fairus Azma Fauzi berkata, lelaki berkenaan menggunakan modus operandi dengan mengedarkan dadah hanya daripada atas rakit tersebut untuk mengelakkan dirinya dikesan pihak polis.

Menurutnya, suspek terbabit dipercayai aktif sebagai pengedar di sekitar Kuala Tahan sejak enam bulan lalu

Iklan

"Hasil pemeriksaan ke atas lelaki itu,kita telah menjumpai 27.40 gram dadah jenis heroin dan 26.06 gram dadah jenis syabu dengan nilai rampasan keseluruhan, RM6,450.

"Ujian air kencing lelaki berkenaan turut positif dadah jeni methamphetamine dan disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 iaitu jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori," katanya pada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Jerantut hari ini.

Iklan

Katanya lelaki terbabit yang bekerja sebagai pengusaha bot pelancong itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah.

"Suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 KPJ selama tujuh hari untuk siasatan lanjut," ujarnya.