Tiga beranak rentung: Hairol trauma, tak berani tonton video

Iklan
Abdul Rahim (kiri) menenangkan Hairol yang sebak menerima sumbangan hasil kutipan orang ramai.

KUANTAN - Mangsa kebakaran di Perkampungan Sungai Isap 2, Hairol Khalid, 38, mengakui masih trauma dengan tragedi kebakaran yang meragut nyawa tiga insan tersayangnya di Sungai Isap 2 pada 21 Julai lalu.

Menurutnya, dia sehingga kini tidak berani menonton video rakaman berhubung kejadian yang mengorbankan isterinya, Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, serta dua anaknya Muhammad Haikal Hakimi Hairol, 11, dan Muhamamd Adam Daniel, 7.

Iklan
Iklan

"Tidak dinafikan, saya sangat trauma dengan kejadian ini. Sampai ke hari ini pun saya tak sanggup dan tak berani tengok video rakaman kejadian itu,” katanya.

Dia berkata demikian selepas Majlis Tahlil dan Sumbangan Tabung Bencana yang turut dihadiri Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Husnalrita Yussof di Masjid Al-Falah, Sungai Isap 2 di sini hari ini.

Iklan

Hairul yang dibenarkan keluar hospital pada 26 Julai lalu berkata, dia yang juga antara sembilan penerima bantuan tabung itu akan tetap meneruskan kehidupan dengan rutin biasa sebagai pemandu lori di kedai perabot di Jalan Besar, di sini.

"Semua sumbangan ini saya gunakan sepenuhnya untuk persekolahan anak sulung Nordiana yang berusia 15 tahun yang berhenti sekolah kerana nak bantu saya cari duit untuk sara keluarga.

Iklan

"Allahyarham isteri saya juga sudah beberapa kali suruh dia bersekolah semula tapi dia tak mahu. Kali ini saya nak dia bersekolah semula bagi menunaikan hasrat ibunya yang mahukan Nordiana bersekolah semula," katanya.

Abdul Rahim (dua dari kanan) beramah mesra selepas menyampaikan kutipan tabung bencana kepada sembilan mangsa kebakaran yang terlibat di Masjid Al-Falah, Sungai Isap 2, di sini hari ini.

Menurutnya, dia sedang menunggu surat dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan bagi membolehkan Nordiana mula bersekolah di Lumut, Perak yang kini tinggal bersama neneknya.

Sementara itu, penyelaras tabung bantuan bencana bagi insiden itu, Abdul Rahim Osman berkata, dana terkumpul melebihi RM85,000 sejak dilancarkan pada hari kejadian sehingga semalam.

"Kita agihkan sumbangan ini kepada semua mangsa terlibat iaitu sembilan keluarga semuanya, manakala sumbangan adalah berdasarkan peratusan kerugian dan keluarga yang kehilangan nyawa ahli keluarga diberi sumbangan lebih.

"Kita berterima kasih kepada semua penderma yang sangat prihatin tentang nasib menimpa mangsa dan kita bukan sahaja menerima sumbangan dari serata negeri, malah turut menerima sumbangan daripada warga Singapura," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiga terkorban kebakaran babit empat buah rumah

Sukar selamatkan mangsa sebab rumah berkunci: Jiran

Hilang ibu, adik-adik sekelip mata

Nampak mangsa tepi tingkap cuba selamatkan diri