Musyawarah jaga khazanah hutan

Iklan
UMK dengan kerjasama penghulu dan penggawa Mukim Ulu Sat menjayakan Program Musyawarah Hala Tuju Ulu Sat.

MACHANG - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama 24 penghulu dan penggawa Mukim Ulu Sat bermusyawarah dalam usaha menjaga khazanah Hutan Simpan Ulu Sat di sini.

Musyawarah Hala Tuju Ulu Sat tersebut bertujuan menjaga kepelbagaian biodiversiti dan keindahan alam semula jadi bagi menjaga kelestarian alam sekitar yang mampan.

Iklan
Iklan

Penyelaras program, Dr Noor Janatun Naim Jemali berkata, perbincangan itu penting memandangkan kawasan tersebut merupakan habitat dan ekologi flora dan fauna serta sumber ekonomi rakyat setempat.

Katanya, program tersebut bertujuan berkongsi maklumat, pandangan dan idea untuk bersama-sama menjaga khazanah Hutan Simpan Ulu Sat supaya kekal sepanjang masa.

Iklan

Tambahnya, selain pemimpin tempatan, program tersebut turut dijayakan Jabatan Perhutanan Kelantan.

"Hutan Simpan Ulu Sat telah diwartakan sebagai hutan perlindungan bagi tadahan air oleh kerajaan negeri.

Iklan

"Terdapat tiga taman eko rimba yang dijadikan taman rekreasi iaitu Bukit Bakar, Jeram Linang dan Lata Tujuh," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Menurut Noor Jannatun, pandangan, cadangan dan masalah yang dilontarkan semasa musyawarah tersebut akan dibentangkan di Seminar Ekspedisi Hutan Ulu Sat yang dijadualkan akan diadakan pada 5 hingga 6 Ogos di Kota Bharu.

Jelasnya, seminar itu yang melibatkan penyelidik dari pelbagai institusi pengajian tinggi, badan-badan berkanun dan badan bukan kerajaan.