Formula agihan kerusi UMNO-Pas tidak benar: Shamsul Anuar

Iklan
Dr Shamsul Anuar Nasarah

SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menafikan laporan bahawa formula agihan kerusi 50-50 antara parti itu dan Pas telah dipersetujui.

Menyifatkan laporan itu sebagai cubaan untuk memecahbelahkan muafakat UMNO-Pas, Shamsul Anuar mengingatkan pimpinan dan ahli parti agar tidak terpengaruh.

Iklan
Iklan

"Pimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat diminta tidak terpengaruh atau terperangkap dengan permainan politik pihak tertentu.

"Semua ini adalah usaha untuk memecahbelahkan muafakat UMNO Pas yang sedang terjalin baik dan piagamnya akan ditandatangani pada 14 September 2019 ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Iklan

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan UMNO dan Pas telah bersetuju membuat pembahagian kerusi 50-50 pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Mengikut laporan itu, formula agihan kerusi tersebut hanya membabitkan Semenanjung Malaysia.

Iklan

Pembahagian itu dibuat dipercayai bagi mengelakkan berlaku pertembungan sesama sendiri antara Pas dan UMNO yang bakal menandatangani piagam pada September ini.