Pas merafak sembah tahniah

Iklan
Hadi

MARANG - Seluruh kepimpinan dan ahli Pas merafak sembah tahniah atas pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mendoakan semoga pemerintahan Seri Paduka Baginda diberkati ALLAH SWT.

Iklan
Iklan

"Merafak sembah dan menjunjung kasih di atas pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

"Patik, pimpinan dan sekalian ahli Pas mendoakan KDYMM Sultan Abdullah sentiasa berada dalam peliharaan ALLAH SWT dan bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan bagi memayungi rakyat dengan hidayah dan syariat Ilahi,” katanya.

Iklan
Iklan

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkongsi catatan itu di laman Facebooknya hari ini.