PPM cekup pekerja sangkar ikan

Iklan
Lima warga Indonesia yang ditahan PPM di sangkar ikan, Pulau Ketam, Klang, semalam.

KLANG - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) di sangkar ikan di Perairan Pulau Ketam, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, tangkapan dibuat menerusi pemeriksaan Op Anchor kira-kira jam 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan mendapati lima lelaki warga Indonesia itu merupakan pekerja di sangkar tersebut dan tidak memiliki sebarang dokumen.

Lima warga Indonesia yang ditahan PPM di sangkar ikan, Pulau Ketam, Klang, semalam.

"Kesemua mereka berusia lingkungan 19 hingga 23 tahun telah ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Dipercayai kesemua PATI ini telah bekerja di sangkar ikan tersebut sejak setahun lalu," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Tambahnya, PATI tersebut kini direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Iklan

PPM akan terus pertingkatkan pengumpulan maklumat dan operasi daripada semasa ke semasa dalam usaha menangani perlakuan yang melanggar undang-undang.